19 September 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430H

Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri untuk teman-teman beragama islam yg sentiasa dan tidak jemu membaca tulisan NotyAdam disini... Terlalu byk perkara yang berlaku sepanjang tahun ini... Jadi dikesempatan ini, NotyAdam ingin menyampaikan sedikit bait-bait kata untuk teman-teman... Andai ada terguris rasa dalam bicara, Tersalah kata, Perbuatan yang kurang menyenangkan, Terkasar bahasa, Halalkan Makan dan Minum, Soon another raya we meet again, thousand sorry for past wrong in slain, please accept my sorry and please don't bargain, for i may have sin & pissed u & may do again... Dalam kerendahan diriku, Ku susun sepuluh jari memohon ampun dan maaf.. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin... Kepada teman-teman yang memandu pulang ke kampung halaman, hati-hati ketika memandu... Jemput datang ke rumah berhari raya... Melaka atau pun Sitiawan... Semoga kita bersua lagi di tulisan berikutnya....

SALAM LEBARAN!!

I'm Born To Be Skill

11 September 2009

Dugongku Disondol....Cess~

Tepat jam 1810pm tadi aku memandu Vios Dugongku untuk pulang ke rumah di Jalan Istana, Kuala Lumpur... Jalan memang terlalu sesak... Jalan pun slow je... Dlm keadaan lalulintas merangkak-rangkak tu tetiba BumP!!! Kraaakkkk!! Arghhhhhhh!! Terus aku menjerit dlm keta... Bukan jerit sebab apa, GERAM!! Betul-betul menguji kesabaran di bulan ramadhan ni... Terus aku keluar kereta tak ckp byk tgk kreta dulu... Lepas tu aku tgk drebar yg langgar aku perempuan cina... aduhhh!! aku panggil dia keluar utk tgk keta aku tp dia tak mau... aku ckp kat dia "amoi, u jgn takut jgn panik... Kalo u tak kluar tgk macam mana nak settle... Jalan tgh sesak ni, lagi lambat nnt orang bising"... Baru dia keluar, aku tak panjang cite tanya nak report ke nak bayar... Dia ckp dia nak bayar... Pehtu aku terus copy detail keta dia WJF930*, ic dia, nama dia n contact dia... pehtu trus aku gerak pasal jalan tgh sesak... Dalam 1845pm camtu dia call tanya berapa nak bayar... aku cakap le aku tak bule estimate sekarang, kena bwk bengkel dulu... Yang aku sedih tu kereta baru, dlm warranty lagik... Nak raya lagik... adusss!!! Last amoi tu ckp kalo mahal dia tak mau bayar... Mana bule aku ckp... Kalo u tak mau bayar takpe le, kita buat report then sy claim u punye insuran.... apa pun cite seterusnya kena tunggu esok le sbb bapak dia nk jumpa aku nak tgk keadaan kereta... Huh!

Pic : Bumper terkeluar

Pic : Clipper bumper dah patah

Pic : Keadaan bumper yg dilanggar

Pic : Bonet pun kena... Ni yg mahal nk repair ni.. adoii!


I'm Born To Be Skill

09 September 2009

09 Semptember 2009 Believe It Or Not!!!

Tahukah anda bahawa pada hari ini 09 September 2009 tepat Jam 09 pagi 09 minit 09 saat akan membentuk satu susunan nombor yang sama seperti :
Tarikh Masa
09 09 09 09 09 09
Menakjubkan???? Ini tidak akan berulang untuk kali keduanya dalam hidup anda!!! Saya dan Anda adalah insan bertuah kerana diberi kesempatan mengalami perkara yang hanya akan terjadi sekali sahaja seumur hidup kita... Indahnya ciptaan tuhan!!

I'm Born To Be Skill

07 September 2009

Nuzul Quran

Hari ni 7 September 2009 bersamaan 17 Ramadhan 1430H merupakan Hari Nuzul Quran atau lebih dikenali sebagai hari di mana peristiwa turunnya ayat Al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad S.A.W sehingga seterusnya secara berperingkat menjadi lengkap sebagaimana Al-Quran yang ada pada hari ini... Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. etika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M...

Sedikit info tentang Gua Hira dimana Gua Hira adalah tempat dimana Nabi Muhammad SAW menerima wahyu yang pertama dari Allah melalui Malaikat Jibril... Gua Hira adalah tempat Nabi Muhammad SAW selalu menyendiri dan bermunajat selain bertahannuth dan bertaqarrub kepada Allah SWT... Baginda juga selalu ke situ bagi menghindari masyarakat Arab Jahiliyyah yang pada saat itu masih belum beriman kepada Allah dan sering melakukan maksiat dan dosa-dosa besar...

Gua Hira terletak di Makkah, Arab Saudi... Letaknya pada tebing menanjak yang agak curam walaupun Bukit Nur atau Jabal Al-Nur tidaklah terlalu tinggi... Namun begitu, pendakian menuju ke Gua Hira melalui jalan lereng-lereng Bukit Nur yang kering dan berbatu, setiap orang haruslah memiliki kekuatan fizikal dan mental yang kuat... Struktur umum Gua Hira adalah berukuran 4 m panjang dan 1.75 m untuk lebarnya (info dari wikipedia)...

Seperti yang kita sedia maklum, wahyu ini diturunkan Allah melalui Malaikat Jibril... Malaikat Jibril adalah malaikat yang dipercayai oleh kita orang-orang Islam dan agama samawi lain yang bertugas bagi menyampaikan wahyu kepada para nabi dan rasul... Mengikut Al-Quran, Malaikat Jibril juga merupakan ketua kepada keseluruhan para Malaikat... Di dalam teks Tanakh, Tarurat dan Injil, ada juga yang menerangkan bahawa Malaikat Jibril merupakan ketua kepada kesekalian para Malaikat.

Allah SWT selesai menciptakan Jibril dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124,000 sayap - info dari wikipedia).

Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah... Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran... Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad, melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq... Sehubungan dengan itu saya berpesan untuk diri saya sendiri dan teman-teman agar menghargai Al-Quran dengan rajin-rajin la melawatnya dan membacanya dengan tajwid yang betul... Semoga kita semua mendapat keberkatan dari Allah s.w.t.... Wallahualam...


I'm Born To Be Skill

Kesilapan Muslim dalam Bulan Ramadhan

Kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah.

Manakala objektif 'mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.

Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam).

Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).

Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajipan menggantikannya kemudiannya.. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam.

Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain.

Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.

Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)

Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)

4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih.

Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.

5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa.

Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman seseorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.

6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih.

Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatkala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, terutamanya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah.

Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

8 ) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari

Dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.

9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat.

Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

10) Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur.

Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakati ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlm 278)

11) Wanita berterawih beramai-ramai dimasjid tanpa menjaga aurat.

Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah dan didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

12) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram.

Samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.
Nabi Muhammad menceritakan :-

Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku…wahai Tuhanku… sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)

Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.

13) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka.

Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-

Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.

Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

***Sekadar mengingatkan diri saya sendiri dan teman-teman... wallahualam...

I'm Born To Be Skill

01 September 2009

Minyak Oh Minyak!!!

Assalamualaikum dan Selamat Pagi pembaca semua... Malam tadi kita dimaklumkan akan kenaikan harga minyak lagi... Ya betul, mulai hari ini 01Sept09 harga baru minyak adalah RM1.80 dan RM2.05... Apakah??? Tapi kali ini kerajaan memberi rakyatnya 2 pilihan... RON95 dan RON97... Nak murah??? Pakei le RON95 hanya RM1.80/seliter = sama dgn harga minyak RON97 yg lama tapi adakah kualiti minyaknya sama??? Sudah tentu tidak bukan... Kalau yg ada kemampuan lebih gunakanlah RON97 yg standard kita pakai sebelum2 ini dengan harga baru RM2.05/seliter... Apa yg sy nak tekankan di sini adalah adakah harga barang-barang runcit akan dinaikkan??? Ini adalah lumrah di dalam perniagaan di Malaysia di mana kalau minyak naik habis segala macam barang naik tetapi bila harga minyak turun tak mahu plak segala macam barang harganya turun.. Setuju??? Di samping tu juga persoalan saya, adakah untuk golongan berkemampuan boleh menikmati kualiti minyak petrol yg baik dan sedangkan yang kurang kemampuan pakai la minyak yg kurang skit kualiti dia sbb nak murah kan... Jangka masa panjang kenderaan org berkemampuan sentiasa di tahap yg terbaik kerana guna kualiti minyak yg baik manakala kenderaan org kurang mampu akan cepat rosak + lagi masalah, dah la makan pakai secara sederhana, kesian kan???... Berfikir sejenak motto yang diagung-agungkan = 1 Malaysia = Rakyat didahulukan... Di mana??? Bila bicara isu minyak ni sy pasti bkn sbb sokong parti mana tapi seluruh rakyat Malaysia pasti memikirkannya... Anda Lihat Anda Fikir Anda Tanya Anda Jawab... TQ!!!

I'm Born To Be Skill

31 August 2009

Merdeka

Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia yang ke-52 untuk semua rakyat Malaysia!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!

I'm Born To Be Skill